Wednesday, 9 April 2014

Apa Itu Kerjaya !!!

Definisi Kerjaya :

Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai data-data yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya.

Kepentingan Maklumat Kerjaya :

Menolong individu menambah perbendaharaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaitan dengan pekerjaan.


Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya dengan sesuatu pekerjaan.

Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.


Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar.

Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.


Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan.

Jenis Maklumat Pekerjaan :

MAKLUMAT PRA PEKERJAAN

Maklumat Diri

Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya, nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri.

Maklumat Kerjaya


Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai sesuatu pekerjaan.

No comments:

Post a Comment