Tuesday, 8 April 2014

Jom Lihat !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.

Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.

Teori Holland ini banyak  membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda ingin  mengenali personaliti anak-anak anda.

Begitu juga sekiranya anda seorang guru, guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Dengan mengenali Teori Kerjaya Holland ini, sedikit sebanyak anda dapat mengenali trait personaliti individu di bawah seliaan anda.

Bagi pelajar-pelajar ( mereka yang telah / pernah menduduki ), berikut ialah penerangan ringkas mengenai hasil ujian tersebut.

No comments:

Post a Comment