KONSEP PEMILIHAN
KERJAYA
Individu akan cuba mengimplimentasikan
konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung
kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan
ciri-ciri yang ada pada dirinya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri
personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar
kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan
stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens
antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam
membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay
yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. Remaja tidak dapat menjangka dengan baik
tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan
yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan
serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.
STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
- Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
- Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
- Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.
TEORI KERJAYA HOLLAND
1. REALISTIK- ORANG
JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
a. CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus
terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen,
inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang,
kurang celik akal.
b. SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan),
aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan
peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
c. TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan
kendiri, bekerja dengan orang lain.
d. ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit,
manipulasi objek.
e. PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal,
kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan,
pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto,
juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
f. BIDANG
PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal,
perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan
vokasional, pertanian dan penternakan.
g. PERSEKITARAN
AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal
dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernilai
seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu
melihat dunia secara mudah dan tradisional.
2. INVESTIGATIF
- ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
a. CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif,
pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal,
introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
b. SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan
penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
c. TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk
orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
d. ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
e. PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji
bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera
elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting,
ahli antropologi, pengaturcara komputer.
f. BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains
komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan
sains Geoinformasi.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan
fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan
semulajadi.
3. ARTISTIK - ORANG
JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN
PENULISAN)
a. CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif,
fleksibel, tergesa- gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah
meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka,
idealistik, tidak praktikal.
b. SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti
kesusasteraan, bahasa, muzik, drama seni lukis, puisi, vokalis, penulisan
berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
c. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan
sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
d. ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
e. PEKERJAAN
Guru
bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis
skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater,
ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
f.BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam
bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas
dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat
dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.
4. SOSIAL - ORANG JENIS
SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
a. CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil
berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang,
ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul,
pemurah, kewanitaan.
b. SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja
amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial,
aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
c. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
d. ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
e. PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari,ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi.
f. BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian
agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih,
mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan.
Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.
5. ENTERPRISING - ORANG JENIS
USAHAWAN(PENGURUSAN DAN
PERNIAGAAN)
a.
CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas,
bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda,
petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan
memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
b. SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular,
keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
c. TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu
abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
d. ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
e. PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans,
ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus
syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus
personal.
f. BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan,
penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan
industri, pengurusan personal.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi
orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai
keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu
melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.
6. KONVENSIONAL - ORANG
JENIS SISTEMATIK (PERKERJAAN
DAN ORGANISASI PEJABAT)
a. CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun,
bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka
berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin,
konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
b. SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah,
menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan
sistem fail.
c. TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang
rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
d. ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
e. PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai
cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik,
pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru
perdagangan.
f. BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains
perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod
atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur.
Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip,
pergantungan dan mudah.
No comments:
Post a Comment