Menurut Sharf (1997), kerjaya merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya dengan apa yang mereka lakukan. Selain itu, ia juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu sepanjang kehidupannya.
Kerjaya kaunseling merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatkan individu terlatih dan berlesen (Myrick, 1997, p.3). Aktiviti bersangkutan dengan proses menolong pelajar untuk memilih kerjaya sepanjang kehidupan. Segala aspek keperluan individu serta menjelaskan pembuatan keputusan kerjaya, ini kerana kerjaya tidak boleh dipaksa kerana pilihan di tangan setiap individu.
Bimbingan kerjaya merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat disampaikan kepada pelajar dalam usaha membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. kebiasaannya ia diberi oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor serta dibantu oleh sistem sokongan yang lain (Myrick, 1997, p.3)
No comments:
Post a Comment