Anda ingin mencari pekerjaan? Entry ini ingin berkongsi kepada anda mengenai laman web pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Diharap entry ini dapat membantu memudahkan anda semua.
1. Jobstreet
Nama yang tidak asing lagi dalam dunia mencari kerja alam maya, mempunyai rangkaian yang luas dan pilihan pekerjaan yang sangat besar. Setiap syarikat yang terdiri daripada dalam dan luar negara bertumpu di sini dan menjadikannya di antara laman web yang perlu dilawati.
2. Jobsmalaysia
Jika anda berhajat untuk bekerja di sektor kerajaan, Jobsmalaysia adalah antara tempat wajib yang anda perlu isi. Laman web ini lebih banyak mengiklankan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan atau kerja-kerja kerajaan sendiri.
3. SPA Malaysia
Laman web kerajaan yang lebih fokus kepada pencari pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam. Web ini khusus untuk mereka yang ingin mencari pekerjaan di dalam sektor kerajaan.
4. JobsDB
JobsDB antara pilihan yang baik untuk para pencari kerja jika merasakan anda tidak mendapat sebarang respon daripada Jobstreet.
5. Starjobs
Jika anda pernah membaca The Star, Starjobs ini merupakan salah satu platform online untuk akhbar harian The Star. Masih tidak sepopular Jobstreet tetapi masih banyak ruang pekerjaan yang ditawarkan.
6. Monster
Antara laman pencari pekerjaan alternatif selain yang disebutkan di atas, apapun boleh mencuba sebagai salah satu ikhtiar untuk mencari pekerjaan.
7. JenJobs
Antara laman pencari pekerjaan yang popular, mereka menyediakan banyak peluang pekerjaan dari pelbagai sektor.
8. BestJobs
Antara web yang boleh dilayari juga, banyak peluang pekerjaan dan mempunyai interface yang menarik.
9. Indeed
Laman web ini juga menawarkan pekerjaan yang terdapat di pelbagai negeri dalam Malaysia, pengguna hanya perlu menggunakan pautan carian yang terdapat di laman web ini untuk mengetahui jawatan yang mereka inginkan.
10. Mudah.my
Akhir sekali adalah mudah.my. Jika anda sering berurusan online, dan membeli barangan secara online, tentunya anda akan menggunakan mudah.my. Jika anda pergi ke bahagian Jobs, berbagai pekerjaan disediakan beserta dengan gaji untuk setiap jawatan.
Terimaa kasih atas maklumat yang diberikan, pautan ini amat membantu untuk saya mencari pekerjaan. :)
ReplyDeleteEntry yang menarik untuk dikongsikan bersama.
ReplyDeleteEntry yg b'guna especially for those freshie to find a job..
ReplyDeleteEntry yg b'guna especially for those freshie to find a job..
ReplyDeleteThank you diatas tips yang diberikan, ia nya membantu saya bagaimana untuk mencari kerja dengan lebih efektif.
ReplyDeletePenuh dengan informasi yg berguna untuk para job hunter
ReplyDeletepenuh informasi...terima kasih atas perkongsian. ^_^
ReplyDelete